Selasa, 25 Oktober 2011
Selasa, 18 Oktober 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN ISLAM ASUHAN TILAWAH AL-QURAN ( AYAT HAFALAN )
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas :  2 cahaya 
Tarikh : 7 Februari 2011
Masa : 11:45 pagi – 12 : 45 pagi 
Bilangan murud : 27 orang 
Bidang : hafalan 
Tajuk : surah al – falaq ayat 1-3
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1 . murid- murid tekah menghafal beberapa keratan ayat di atas .
2 . murid- murid telah mendengar bacaan dan menghafal potongan ayat di atas . 
HASIL PEMBELAJARAN :
Aras 1 : menghafal keratan ayat 1-3 al – falaq dengan makhraj yang betul
Aras 2 : menghafal ayat 1-3 surah al –falaq dengan betul dan fasih ,
Aras 3 : menghafal ayat 1-4 surah al –falaq dengan tajwid yang betul
 KEMAHIRAN BERFIKIR :
 1 . menyusun keratan  ayat mengikut susunan yang betul . 
2 . menhafal ayat 1-3 surah al-falaq mengikut urutan yang betul
PENYERAPAN :
Akhlak  menjauhi daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
PENERAPAN NILAI  :
1 . membaca surah al-falaq sebelum tidur 
2 . mengaplikasikan ayat di atas dalam solat .
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM )
1 . kad imbasan
2 . carta ayat
3. pita rakaman 
4 .papan gulung
5 .OHP
6 . Radio / kaset dan komputer LCD 
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
| LANGKAH / MASA |  ISI PENGAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | BAHAN BANTU | 
| Pendahuluan (2 minit) | Bacaan  doa belajar | guru meminta murid membaca dan belajar secara kelas . muris-muris   membaca doa sambil dipimpin oleh guru . |  | 
| Set  induksi | 1.Papan gulung ayat 1-3 surah al- falaq . 2 . Di antara ayat ini yang mana satu yang murid ingat?  3 . Kenapa murid mengingati ayat ini ? 4 Cara mengingati ayat yang     ditunjuk ini akan kita belajar , iaitu menghafal surah  al- falaq 5 . guru mengaitkan penyataan di atas dengan tajuk yang akan dipelajari | 1 . guru menampal papan gulung dan minta murid membacanya . 2 . guru bersoal jawab dengan murid  3 . guru bertanya murid tentang    perkataan yang terdapat pada papan gulung 4 . guru menutup kad dan meminta    murid menyebut semula berdasarkan ayat dalam papan gelung  5. guru memerikan penjelasan cara murid ingat perkataan berkenaaan 6.guru menyebut tajuk / surah yang akan dipelajari hari ini , iaitu   menghafal surah al- falaq  | Papan gelung | 
| Langkah 1  ( 15 minit ) | Surah al –falq  ayat 1-3 | 1 . Guru mendengarkan pita rakaman / kaset ayat 1-3 surah al- falaq   dengan makhraj yan betul sambil mempamerkan petikan ayat pada kad ayat 2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal   dengan  makhraj yang betul. | 1 . radio / kaset  2 . kad ayat | 
|  |  |  | |
|  |  | 2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal   dengan  makhraj  yang betul  3 . Guru membaca secara hafalan sambil murid secara senyap 4.Guru meminta muris membaca secara kumpulan  , kelas da induvidu secara hafal  ayat 1-3 dengan makhraj yang betul 5.Murid-murid dkehendaki membaca  Serta menghafal dengan sebutan   makhraj yang betul   6 . Guru membaca  secara  hafal sambil murid memerhati dan   menghafalkannya secara senyap dengan makhraj yang betul  . |  | 
| Langkah 2 ( 16 minit ) | Surah al- falaq ayat 1-3  | 1.Guru memaparkan ayat 1-3 surah Al-Falaq pada papan gulung sambil   memperdengarkan bacaan 1-3 melalui computer/CD. 2. Murid-murid mendengar sambil menghafalnya secara senyap dengan betul   dan fasih 3. Guru membaca secara hafal ayat di atas dengan betul dan fasih dan   meminta murid menghafal dengan guru. 4. Guru meminta beberapa orang murid membaca secara menghafal ayat di   atas berulang kali dengan betul dan fasih. 5. Guru meminta murid membaca serta menghafal mengikut kumpulan. 6.Guru dan murid membaca serta menghafal secara kelas. 7. Guru meminta semua murid membaca ayat di atas secara berulang-ulang   dengan betul dan fasih. 8. Aktiviti ini diteruskan sehingga murid dapat menghafalnya dengan   betul dan fasih. | 1.Papan gulung. 2.Komputer/CD | 
| Langkah 3 (17minit) | Surah Al-Falaq Ayat 1-3 | 1.Guru mempamerkan tiga keping kad imbasan yang tercatat ayat 1-3 surah   Al-Falaq 2. Guru memperdengarkan ayat 1-3 melalui LCD 3. Guru memaparkan ayat yang terdapat hukum tajwid : a.AlifLam qamariah b.Hukum mad c.Ihfa’ hakiki d.Izhar halqi dan e. Menerangkan cara sebutan hukum tajwid yang betul. 4. Guru meminta semua murid menghafal secara senyap serta bertajwid. 5. Guru meminta murid-murid membaca berulang-ulang kali ayat di atas   secara hafal bersama guru secara bertajwid. 6.Guru meminta murid-murid membaca serta menghafal secara   individu,kumpulan dan kelas. 7.Guru menguji hafalan murid dengan meminta secara rawak beberapa orang   murid menghafalnya secara bertajwid. 8.Guru dan murid membaca secara hafal bacaan yang betul ayat di atas. 9. Murid menghafal ayat di atas secara beramai-ramai dengan diketuai   oleh murid yangdipilih oleh guru. |  | 
| Penutup (5 minit) | Ayat 1-3 surah Al-Falaq | 1.Guru memperdengarkan bacaan ayat 1-3 surah Al-falaq kemudian membaca   melalui pita rakaman/kaset sambil mempamerkan tulisan ayat melalui   komputer/LCD 2. Guru dan murid sama-sama membaca ayat di atas dengan   makhraj,betul,fasih dan  bertajwid   secara hafal. 3.Tanpa melihat BBM,guru dan murid membaca secara hafal ayat di atas   secara berulang-ulang. 4. Guru dan murid memperdengarkan surah secara hafalan. 5.Guru berpuas hati hafalan yang telah ditunjukkan oleh murid. |  | 
بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ

Selasa, 11 Oktober 2011
Falsafah Pendidikan Islam
Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok  diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan  falsafah.  Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan  dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991)  Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh  serta matang.  Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. 
     Dalam Oxfort Dictionary (1982)  ditakrifkan falsafah sebagai: 
    "Seeking after wisdom or  knowledge especially that which deals with ultimate   reality, or with  the most general causes and principles of things and ideas and human perception  and knowledge of them, physical phenomena and ethics" 
    Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk  mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya  Allah.  Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah  falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.   Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang  benar dan mutlak.  Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan  tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak  mutlak dan ianya bersifat relatif.  Sebab itu bermacam-macam falsafah  timbul hasil pemikiran manusia.  Seperti Liberalisme,  Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan  banyak lagi.  Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka  ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.   
    Falsafah Islam ialah  falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila  seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira  sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,  perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya,  seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu  mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima  falsafah Islam.  Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak  hal bertentangan dengan kehendak Islam. 
    Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan  hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau  kebenaran yang berasaskan ajaran Islam.   Dan ajaran Islam itu  bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.  Failasuf Islam dari  setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan  lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu:   Siapa anda (apa hakikat diri anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda  berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi?  Apa tujuan hidup?   Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991). 
    Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam  Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.   Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125).  Mengikut  Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan.  Sheikh  Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang  rahsia dan faedahnya". 
    Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu,  kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu.  Jadi ilmu ini tentulah  ilmu yang benar.  Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah  itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang  berfaedah" 
    Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem".   Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup  baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978).  Adakalanya hikmah itu bermaksud  ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya.  Ini berdasarkan ayat 269 surah  al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan  setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat.   Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran. 
    Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan  alam semesta ini.  Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu,  maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam  ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan  tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah.  Ini adalah  berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab,  172 Al-A`raf dan lain-lain. 
    Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah  pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan,  dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991).  Jadi, maksud  daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu  pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya,  serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya  sebagai hamba dan khalifah Allah.  Bila ia dapat menjalankan tugas dan  tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.   
    Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf  pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah  perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan.  Ini  termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah  menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya,  kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui  hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada  dengan orang Islam atau pun bukan Islam.   Antara perkara yang penting  yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: 
    Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan  Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan  Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan  Kepimpinan, dan banyak lagi. 
    Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara  yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam  kurikulum pendidikan Islam.  Dengan demikian, barulah dapat melahirkan  insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah  dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan  Islam.  Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini. 

Langgan:
Ulasan (Atom)
 
 

