Isnin, 28 November 2011

Strategi Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara.

Strategi Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara.

1.Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama.
2. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorentasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
3. Mewujudkan system peperiksaan yang sama bagi semua.
4. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
5. Meningktkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,seimbang dan bersepadu.
6. Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun.
7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M. Matlamatnya untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
9. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyususnan semula kurikulum Sekolah Vokasinal pada tahun 1978.
10. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan di peringkat Universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
11. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,moral dan disiplin.
12. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebgai mata pelajaran yang wajib di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
13. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulm yang memupuk disiplin seperti Kadet Tentera,Kadet Polis,Pengakap, Puteri Islam dan sebgainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan