Selasa, 25 Oktober 2011
Selasa, 18 Oktober 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN ISLAM ASUHAN TILAWAH AL-QURAN ( AYAT HAFALAN )
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 2 cahaya
Tarikh : 7 Februari 2011
Masa : 11:45 pagi – 12 : 45 pagi
Bilangan murud : 27 orang
Bidang : hafalan
Tajuk : surah al – falaq ayat 1-3
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1 . murid- murid tekah menghafal beberapa keratan ayat di atas .
2 . murid- murid telah mendengar bacaan dan menghafal potongan ayat di atas .
HASIL PEMBELAJARAN :
Aras 1 : menghafal keratan ayat 1-3 al – falaq dengan makhraj yang betul
Aras 2 : menghafal ayat 1-3 surah al –falaq dengan betul dan fasih ,
Aras 3 : menghafal ayat 1-4 surah al –falaq dengan tajwid yang betul
KEMAHIRAN BERFIKIR :
1 . menyusun keratan ayat mengikut susunan yang betul .
2 . menhafal ayat 1-3 surah al-falaq mengikut urutan yang betul
PENYERAPAN :
Akhlak menjauhi daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
PENERAPAN NILAI :
1 . membaca surah al-falaq sebelum tidur
2 . mengaplikasikan ayat di atas dalam solat .
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM )
1 . kad imbasan
2 . carta ayat
3. pita rakaman
4 .papan gulung
5 .OHP
6 . Radio / kaset dan komputer LCD
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
LANGKAH / MASA | ISI PENGAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | BAHAN BANTU |
Pendahuluan (2 minit) | Bacaan doa belajar | guru meminta murid membaca dan belajar secara kelas . muris-muris membaca doa sambil dipimpin oleh guru . | |
Set induksi | 1.Papan gulung ayat 1-3 surah al- falaq . 2 . Di antara ayat ini yang mana satu yang murid ingat? 3 . Kenapa murid mengingati ayat ini ? 4 Cara mengingati ayat yang ditunjuk ini akan kita belajar , iaitu menghafal surah al- falaq 5 . guru mengaitkan penyataan di atas dengan tajuk yang akan dipelajari | 1 . guru menampal papan gulung dan minta murid membacanya . 2 . guru bersoal jawab dengan murid 3 . guru bertanya murid tentang perkataan yang terdapat pada papan gulung 4 . guru menutup kad dan meminta murid menyebut semula berdasarkan ayat dalam papan gelung 5. guru memerikan penjelasan cara murid ingat perkataan berkenaaan 6.guru menyebut tajuk / surah yang akan dipelajari hari ini , iaitu menghafal surah al- falaq | Papan gelung |
Langkah 1 ( 15 minit ) | Surah al –falq ayat 1-3 | 1 . Guru mendengarkan pita rakaman / kaset ayat 1-3 surah al- falaq dengan makhraj yan betul sambil mempamerkan petikan ayat pada kad ayat 2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal dengan makhraj yang betul. | 1 . radio / kaset 2 . kad ayat |
| | | |
| | 2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal dengan makhraj yang betul 3 . Guru membaca secara hafalan sambil murid secara senyap 4.Guru meminta muris membaca secara kumpulan , kelas da induvidu secara hafal ayat 1-3 dengan makhraj yang betul 5.Murid-murid dkehendaki membaca Serta menghafal dengan sebutan makhraj yang betul 6 . Guru membaca secara hafal sambil murid memerhati dan menghafalkannya secara senyap dengan makhraj yang betul . | |
Langkah 2 ( 16 minit ) | Surah al- falaq ayat 1-3 | 1.Guru memaparkan ayat 1-3 surah Al-Falaq pada papan gulung sambil memperdengarkan bacaan 1-3 melalui computer/CD. 2. Murid-murid mendengar sambil menghafalnya secara senyap dengan betul dan fasih 3. Guru membaca secara hafal ayat di atas dengan betul dan fasih dan meminta murid menghafal dengan guru. 4. Guru meminta beberapa orang murid membaca secara menghafal ayat di atas berulang kali dengan betul dan fasih. 5. Guru meminta murid membaca serta menghafal mengikut kumpulan. 6.Guru dan murid membaca serta menghafal secara kelas. 7. Guru meminta semua murid membaca ayat di atas secara berulang-ulang dengan betul dan fasih. 8. Aktiviti ini diteruskan sehingga murid dapat menghafalnya dengan betul dan fasih. | 1.Papan gulung. 2.Komputer/CD |
Langkah 3 (17minit) | Surah Al-Falaq Ayat 1-3 | 1.Guru mempamerkan tiga keping kad imbasan yang tercatat ayat 1-3 surah Al-Falaq 2. Guru memperdengarkan ayat 1-3 melalui LCD 3. Guru memaparkan ayat yang terdapat hukum tajwid : a.AlifLam qamariah b.Hukum mad c.Ihfa’ hakiki d.Izhar halqi dan e. Menerangkan cara sebutan hukum tajwid yang betul. 4. Guru meminta semua murid menghafal secara senyap serta bertajwid. 5. Guru meminta murid-murid membaca berulang-ulang kali ayat di atas secara hafal bersama guru secara bertajwid. 6.Guru meminta murid-murid membaca serta menghafal secara individu,kumpulan dan kelas. 7.Guru menguji hafalan murid dengan meminta secara rawak beberapa orang murid menghafalnya secara bertajwid. 8.Guru dan murid membaca secara hafal bacaan yang betul ayat di atas. 9. Murid menghafal ayat di atas secara beramai-ramai dengan diketuai oleh murid yangdipilih oleh guru. | |
Penutup (5 minit) | Ayat 1-3 surah Al-Falaq | 1.Guru memperdengarkan bacaan ayat 1-3 surah Al-falaq kemudian membaca melalui pita rakaman/kaset sambil mempamerkan tulisan ayat melalui komputer/LCD 2. Guru dan murid sama-sama membaca ayat di atas dengan makhraj,betul,fasih dan bertajwid secara hafal. 3.Tanpa melihat BBM,guru dan murid membaca secara hafal ayat di atas secara berulang-ulang. 4. Guru dan murid memperdengarkan surah secara hafalan. 5.Guru berpuas hati hafalan yang telah ditunjukkan oleh murid. | |
بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ
Selasa, 11 Oktober 2011
Falsafah Pendidikan Islam
Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.
Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:
"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"
Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.
Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".
Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah"
Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.
Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.
Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.
Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:
Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.
Langgan:
Catatan (Atom)