Selasa, 18 Oktober 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN ISLAM ASUHAN TILAWAH AL-QURAN ( AYAT HAFALAN )

Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas :  2 cahaya
Tarikh : 7 Februari 2011
Masa : 11:45 pagi – 12 : 45 pagi
Bilangan murud : 27 orang
Bidang : hafalan
Tajuk : surah al – falaq ayat 1-3

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1 . murid- murid tekah menghafal beberapa keratan ayat di atas .
2 . murid- murid telah mendengar bacaan dan menghafal potongan ayat di atas .

HASIL PEMBELAJARAN :
Aras 1 : menghafal keratan ayat 1-3 al – falaq dengan makhraj yang betul
Aras 2 : menghafal ayat 1-3 surah al –falaq dengan betul dan fasih ,
Aras 3 : menghafal ayat 1-4 surah al –falaq dengan tajwid yang betul
 KEMAHIRAN BERFIKIR :
 1 . menyusun keratan  ayat mengikut susunan yang betul .
2 . menhafal ayat 1-3 surah al-falaq mengikut urutan yang betul

PENYERAPAN :
Akhlak  menjauhi daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

PENERAPAN NILAI  :
1 . membaca surah al-falaq sebelum tidur
2 . mengaplikasikan ayat di atas dalam solat .

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM )
1 . kad imbasan
2 . carta ayat
3. pita rakaman
4 .papan gulung
5 .OHP
6 . Radio / kaset dan komputer LCD









STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
LANGKAH / MASA
 ISI PENGAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHAN BANTU

Pendahuluan
(2 minit)

Bacaan  doa belajar
guru meminta murid membaca dan belajar secara kelas . muris-muris membaca doa sambil dipimpin oleh guru .






Set  induksi
1.Papan gulung ayat 1-3 surah al- falaq .
2 . Di antara ayat ini yang mana satu yang murid ingat?
3 . Kenapa murid mengingati ayat ini ?
4 Cara mengingati ayat yang   ditunjuk ini akan kita belajar , iaitu menghafal surah  al- falaq
5 . guru mengaitkan penyataan di atas dengan tajuk yang akan dipelajari
1 . guru menampal papan gulung dan minta murid membacanya .
2 . guru bersoal jawab dengan murid
3 . guru bertanya murid tentang  perkataan yang terdapat pada papan gulung
4 . guru menutup kad dan meminta  murid menyebut semula berdasarkan ayat dalam papan gelung
5. guru memerikan penjelasan cara murid ingat perkataan berkenaaan
6.guru menyebut tajuk / surah yang akan dipelajari hari ini , iaitu menghafal surah al- falaq





Papan gelung


Langkah 1
 ( 15 minit )


Surah al –falq  ayat 1-3
1 . Guru mendengarkan pita rakaman / kaset ayat 1-3 surah al- falaq dengan makhraj yan betul sambil mempamerkan petikan ayat pada kad ayat
2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal dengan  makhraj yang betul.

1 . radio / kaset
2 . kad ayat





2 . Guru membaca dan murid-murid membaca bersama guru secara hafal dengan  makhraj  yang betul
3 . Guru membaca secara hafalan sambil murid secara senyap
4.Guru meminta muris membaca secara kumpulan  , kelas da induvidu secara hafal  ayat 1-3 dengan makhraj yang betul
5.Murid-murid dkehendaki membaca
 Serta menghafal dengan sebutan makhraj yang betul 
6 . Guru membaca  secara  hafal sambil murid memerhati dan menghafalkannya secara senyap dengan makhraj yang betul  .







Langkah 2 ( 16 minit )





Surah al- falaq ayat 1-3
1.Guru memaparkan ayat 1-3 surah Al-Falaq pada papan gulung sambil memperdengarkan bacaan 1-3 melalui computer/CD.
2. Murid-murid mendengar sambil menghafalnya secara senyap dengan betul dan fasih
3. Guru membaca secara hafal ayat di atas dengan betul dan fasih dan meminta murid menghafal dengan guru.
4. Guru meminta beberapa orang murid membaca secara menghafal ayat di atas berulang kali dengan betul dan fasih.
5. Guru meminta murid membaca serta menghafal mengikut kumpulan.
6.Guru dan murid membaca serta menghafal secara kelas.
7. Guru meminta semua murid membaca ayat di atas secara berulang-ulang dengan betul dan fasih.
8. Aktiviti ini diteruskan sehingga murid dapat menghafalnya dengan betul dan fasih.






1.Papan gulung.
2.Komputer/CD






Langkah 3 (17minit)






Surah Al-Falaq
Ayat 1-3
1.Guru mempamerkan tiga keping kad imbasan yang tercatat ayat 1-3 surah Al-Falaq
2. Guru memperdengarkan ayat 1-3 melalui LCD
3. Guru memaparkan ayat yang terdapat hukum tajwid :
a.AlifLam qamariah
b.Hukum mad
c.Ihfa’ hakiki
d.Izhar halqi dan
e. Menerangkan cara sebutan hukum tajwid yang betul.
4. Guru meminta semua murid menghafal secara senyap serta bertajwid.
5. Guru meminta murid-murid membaca berulang-ulang kali ayat di atas secara hafal bersama guru secara bertajwid.
6.Guru meminta murid-murid membaca serta menghafal secara individu,kumpulan dan kelas.
7.Guru menguji hafalan murid dengan meminta secara rawak beberapa orang murid menghafalnya secara bertajwid.
8.Guru dan murid membaca secara hafal bacaan yang betul ayat di atas.
9. Murid menghafal ayat di atas secara beramai-ramai dengan diketuai oleh murid yangdipilih oleh guru.








Penutup
(5 minit)






Ayat 1-3 surah Al-Falaq
1.Guru memperdengarkan bacaan ayat 1-3 surah Al-falaq kemudian membaca melalui pita rakaman/kaset sambil mempamerkan tulisan ayat melalui komputer/LCD
2. Guru dan murid sama-sama membaca ayat di atas dengan makhraj,betul,fasih dan  bertajwid secara hafal.
3.Tanpa melihat BBM,guru dan murid membaca secara hafal ayat di atas secara berulang-ulang.
4. Guru dan murid memperdengarkan surah secara hafalan.
5.Guru berpuas hati hafalan yang telah ditunjukkan oleh murid.









بِسۡمِ اللّٰہِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِیۡمِ






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan